Abang bermalam di sekolah selama 2 malam sempena Kem Motivasi UPSR & PSRA 2020. Program ni anjuran sekolah tapi engaged faci/motivator luar. Bayaran dikenakan sebanyak RM50 seorang.
Tentatif program...
Lepas jumaat Ummi datang sekolah untuk jemput Angah sambil passed barang Abang. Dia bawa semua; toto, selimut, bantal, bekalan makanan selain pakaian. Untuk trekking pun Ummi bekalkan sambal bilis kering sebab Abang risau nanti kena masak sendiri, takut takde lauk. Abang... Abang...
Mula tu taknak bawa luggage bag, takut kawan-kawan ejek nak pergi bercuti haha... Padahal ramai yang bawa luggage bag pun 🙄😂
Hari Sabtu mereka semua dibawa ke Alang Sedayu, Gombak untuk aktiviti outdoor. Ada trekking, abseiling, aktiviti memasak dsbnya. Melompat mak-mak ni bila guru pengiring hantar gambar anak-anak tengah abseiling. Diorang kena turun air terjun guna tali. Tinggi juga nampaknya. Mulalah pakat baca doa bagi anak-anak selamat. Once a mak, always a mak 😂😂😂
Ada satu video tu, Budin & Naufal H in action. Terkial-kial depa nak turun sampai kena jerit dengan fasi. Teruslah Ummi teringat Abang. Depa 2 ni slim, Abang yang sado tu macamanalah agaknya. Tapi kata Abang, dia OK. Separuh jalan dia pejam mata. Sedar-sedar kaki dah jejak ke bawah haha...
Kenyang tak Abang?
Tak... Nasi sikit 😂😂😂
Alhamdulillah pengalaman baru untuk anak-anak T6. Seronok Abang kata program ni. Balik rumah pun nampaknya sangat bermotivasi, sampai je terus masukkan baju kotor dalam mesin basuh. Ummi tolong sidai je. Dah besar anak Ummi, dah pandai berdikari.