Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2694

Perbelanjaan Sekolah Sesi 2020


Semalam baru sempat buat 'kunci kira-kira' perbelanjaan sekolah untuk tahun ni. Besar juga belanjanya bila 3 orang anak masuk sekolah. Syukur sebab bukanlah serentak kena keluar duit. Ummi mula siapkan kelengkapan sekolah anak-anak sejak bulan 10 terutamanya untuk Kakak.

Inilah jumlah keseluruhan ketiga-tiga mereka.


Yang sebelah kiri jumlah perbelanjaan kelengkapan sekolah (uniform, buku) manakala yang sebelah kanan yuran sekolah, ikut darjah masing-masing. Perbezaan tidaklah besar kecuali murid tahun 6, ada yuran kelas tambahan anjuran sekolah.

Perbelanjaan Abang paling banyak sebab Ummi langsaikan terus duit yuran tuition anjuran sekolah berjumlah RM40 sebulan (UPSR & PSRA) selama 8 bulan.

Untuk Kakak pula, banyak duit dilaburkan untuk membeli kelengkapan sekolah serba baru. Memang kena beli baru sebab anak perempuan pertama masuk sekolah. Tak boleh nak pakai baju seluar abang-abangnya :) 

Yang paling sedikit perbelanjaannya, buah hati nombor 2.

Bayar yuran sekolah 2/1 tempohari. Tiga orang anak, tiga orang cikgulah Ummi mengadap. Bawa sampul duit, kosong tak berbaki! Tapi alhamdulillah lega bila dapat selesaikan segala yang wajib. Tinggal nak bayar yuran bulanan berjumlah RM75 seorang (makan tengahari, PIBG & keselamatan). Setakat ni kami advance 2 bulan sahaja (Jan & Feb) dulu. Untuk yuran bulanan ni, sekolah minta sekurang-kurangnya parents setelkan untuk bulan January dulu. Nak bayar lebih dialu-alukan, ikut kemampuan masing-masing.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Cantik pula jumlahnya; RM1234

From time to time, akan adalah lagi bayaran itu ini yang perlu dikeluarkan. Abang contohnya ada kem UPSR, langganan Didik dsbnya yang semuanya perlukan duit. Insha Allah akan diusahakan. Moga Allah sentiasa murahkan rezeki untuk kita semua, demi anak-anak.


Untuk anak-anak, belajar rajin-rajin. Part yuran, duit belanja Ummi Walid uruskan. Tugas Abang, Angah & Kakak belajar bersungguh-sungguh, jadi orang yang berguna dan berjaya. Bayar balik pengorbanan Ummi Walid dengan kebaktian dan kejayaan okey?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2694

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>