Dari UTP kami meneruskan perjalanan hingga sampai ke satu simpang bertanda Ayer Tawar. Belok ke kanan menuju ke Pantai Remis. Untuk makluman, Pantai Remis ni ada dua; Pantai Remis Selangorย dan Pantai Remis di Perak (dalam daerah Manjung. Alhamdulillah dua-dua tempat Ummi dah jejak. Kami ke Pantai Remis Selangor waktu temankan Kakak ke Ujian Setara Negeri Selangor tahun lepas. Pantai ni tempat orang berlibur dan ambil angin petang.ย
Ada apa di Pantai Remis Perak? Mai nak habaq... Semasa outstation, Walid balik Gombak (rumah) every weekend. Setiap kali nak balik tu, Walid dengan teammates dia akan ke Pantai Remis Perak untuk beli ikan segar. Tapi bukanlah beli di pelantar atau jeti. Malah kelibat nelayan punย
ย tak kelihatan ๐ tempat kami beli ikan ni di tepi jalan menuju ke Pantai Remis. Bagi orang luar, disebut secara umum Pantai Remis. Kalau tak silap tempat tu berhampiran sebuah masjid, Masjid Kg Batu @ Kg Pengkalan Batu. Maaf, Ummi lupa mencatat sebab teruja sangat nak shopping!ย
Kedai adalah 4-5 buah, berderet-deret jual ikan segar. Waktu operasi dari pagi hingga tengahari kata Walid. Sebab tu kami tak berlama-lama di Kellie's Castle , takut tak sempat beli ikan.ย
Tengok ikan je pun tapi rambang juga mata Ummi ๐๐๐ Murah bang! Segar-segar pulak tu. Bawak tong ais Coleman yang kecik tu, kononnya tak nak beli sangat. Lagipun beli otw ke lumut, bukan otw balik gombak. Kenapa kitorang beli awal ye? Entah, Ummi dah lupa sebabnya. Ini cerita bulan puasa hari tu ๐คญ Nak beli tong ais (polisterin) tu tak muat pula but kereta sebab luggage/barang banyak. Barang untuk 3D2N je tapi macam nak duduk seminggu :Dย
![]() |
Anak-anak teruja tengok ikan ๐ |
Dari segi harga pun lebih murah. With the same amount of weekly allocation, Ummi bukan saja dapat beli pelbagai jenis ikan tapi juga hasil laut lain. Berbaloi! Para penjual pun baik-baik dan ramah belaka.ย
Sampai hotel simpan bergilir-gilir sebab freezer kecik. Semalam udang/ketam, semalam lagi ikan-ikan pula. Yang kelakar, time check out hampir sejam kami berusaha nak keluarkan ikan dari freezer. Semuanya dah beku, dah blend sekali dgn ais. Ala, mini bar tu besar mana sangat ruang bekunya kan. Puas korek, jirus air semua bagi ais cair dapatlah keluar ikan kami. Tapi sebab ikan segar agaknya, alhamdulillah masih terpelihara rasanya walaupun tak properly stored.
Ada juga sebuah kedai diย deretan yang sama jual hasil laut kering. Ummi cuma beli ikan masin sebungkus. Sebab plan nak beli di Lumut nanti.ย
Hasil tangkapan dan hasil titik peluh Ummi memasak ๐
Send gambar ni time Walid di Lumut.ย
Next week, terus member beli lagi ikan tenggiri, suruh masak asam pedas :)ย
Setiap minggu makan ketam, sampai Kakak surrender, tak mau dah katanya hihi...ย
Kari Ikan Jenahak best in the world haha....ย
Inilah perihal suri rumah macam Ummi ni. Dapat shopping ikan pun dah macam dapat shopping barang kemas ๐๐๐