Kalau Ummi cakap nak balik kampung Ummi di Berlin, adalah sorang office mate Ummi ni, Bro pun cakaplah dia pun nak balik Pilahdhelphia :D yang sorang lagi, Cikja pulak nak balik Paghislis (Perlis). Masing-masing taknak kalah, nak jadi omputih semua 😆😆😆
Waktu di uni pula, Ummi selalu ikut bff Ummi, Ibu Min balik 'Somban' (Seremban) tapi tak pernah ke kampungnya di Pilah. Ada 2-3 kali juga Uwan (mak Ibu) planned nak bawa Ummi ke kampung Uwan tapi tak kesampaian. Kalau tak boleh Ummi rasa pengalaman lalu Bukit Putus.
Akhirnya kelmarin sampai juga hajat Ummi nak ke Kuala Pilah alhamdulillah. Ramai yang tanya ada apa di Pilah? Ada yang ingat kami ke sana sebab ada kenduri dsbnya. Sebenarnya kami memang suka berjalan-jalan tengok tempat orang. Lagi jauh tempat tu, lagi kami suka, Tempat orang ramai macam Pavilion ke Mid Valley ke Sunway Lagoon ke definitely not our choice. Tapi akan ada jugalah trip ke Kidzania, Legoland dsbnya untuk tunaikan hajat anak2 insha Allah.
Dari Gombak kami ikut highway LEKAS tapi rasanya agak jauh juga. Tapi pemandangan cantik, nampak kehijauan dengan bukit bukau dan pokok-pokok hutan. Balik ke Gombak, kami ikut highway PLUS. Rasa dua-dua route. Ikut PLUS tol murah dua ringgit je kot :D dan perjalanan lebih singkat. Cuma traffic lebih banyak berbanding LEKAS. Nonetheless we enjoyed our journey on both highways.
![]() |
Nampak tak cili api atas pintu gerbang tu? Ikon kuala Pilah agaknya sebab di sini terkenal dengan masak lomak cili api yang berapi 🌶️🌶️🌶️ |
Itenerary kami di Pilahdhelphia termasuklah;
Berkelah dan mandi-manda di Ulu Bendul.
Singgah lunch di Zaini Salai House.
![]() |
Checked in di Desa Inn Kuala Pilah.
![]() |
Melawat ladang lembu di Juasseh Agro Park.
![]() |
Bersiar di Bandar Diraja Sri Menanti.
![]() |
Sepanjang laluan Jalan Seremban - K. Pilah tu cantik panoramanya. Kita akan lalu Jambatan Kedua Tertinggi di Malaysia katanya. Ummi suka tengok kehijauan di sekeliling. Dah masuk kampung sikit nampak sawah padi. Teringat kampung Ummi yang menghijau dengan sawah padi. Bila sampai Terachi, makin meriah dengan jualan makanan salai; itik, keli, daging. Buah-buahan kampung seperti rambai, tampoi juga petai bergayutan di gerai kiri kanan jalan. Produk makanan lain seperti gula anau, dodol, telur itik juga hasil kraftangan juga banyak. Pokok-pokok durian pun nampaknya galak berbunga. Ini kalau datang musim buah ni, kenyang makan durian hihi... Dan yang menarik perhatian Ummi juga rumah-rumah di sini semuanya cantik-cantik especially rumah bercirikan Minangkabau.
![]() |
Masjid daerah Kuala Pilah, Masjid Jamek Yamtuan Raden. |
Pekan Kuala Pilah ni lebih kurang sebesar pekan Baling juga. Tapi jalannya agak sibuk sebab menjadi laluan alternative untuk ke Pahang (Muadzam Shah, Kuantan) dan Johor (Segamat). Nak ke Melaka pun boleh, melalui Mantin. Sebab tu agaknya harga makanan di sini setanding harga di Lembah Klang. Ramai orang luar akan singgah untuk makan minum dan berehat sebelum meneruskan perjalanan agaknya.
Alhamdulillah one of my wish lists dah setel. More to come insha Allah.