Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2720

Maxwell Inn, Taiping

$
0
0

Di sini lah kami dan geng Jitra ditempatkan sewaktu wedding Arshad tempohari. Selain kami dan geng jitra, keluarga Makngah dari Pulau Indah juga ditempatkan di sini. Ummi guna perkataan ditempatkan sebab penginapan kami di Taiping ni ditaja sepenuhnya oleh 'tuan rumah'. Alhamdulillah.

Credit FB Maxwell Inn 

Maxwell Inn ni sebuah boutique hotel yang terletak berhadapan dengan Hospital Taiping. Kata Tok Ayah, siren ambulans tak berenti kedengaran. Tapi malam tu kami tidoq lena ja, tak dengaq langsung bunyi siren :D

Ianya sebuah bangunan kolonial, banglo 2 tingkat yang dijaga rapi. Ada 7 buah bilik. Geng jitra ambik 5 bilik manakala geng Pulau Indah sebilik. The remaining room is vacant during our stay. Dah namanya bangunan kolonialkan, terdapat beberapa element Eropah dalam bangunan seperti tempat pendiangan api, super size furniture dll. Tapi bukanlah macam arkib or muzium ye hotel ni. Banyak facilities yang modern cuma ciri warisan penjajah tu masih dikekalkan. Yang paling menarik perhatian sudah pasti kunci bilik kerana saiznya yang besar. Ianya diperbuat dari tembaga. Berat dan padu.



Dah dapat kunci tu jom kita tengok bilik!
Hah, inilah bilik kami. Besar, luas dan sangat selesa. Tetiba rasa macam 'Mem  Inggeris' pulak 😜





Wardrobe ni tinggi sangat sampaikan Ummi yang tinggi ni pun boleh masuk berdiri dalam tu. Tapi tak buat pun. Takde keja aih nak masuk dalam almari 😜 


Selesa depa ada meja kerusi nak main fussball 

Bilik kami ni family suite yang sangat besar. Bawah ni standard room, bilik Tok Umi. Pun besar juga. Kiranya saiz bilik di Maxwell Inn semuanya besar. Ikut British standard agaknya. Hotel ni hanya 2 tingkat jadi tiada lif disediakan. Syukur juga Tok Umi tak sakit kaki, turun naik tangga. Bilik kami di tingkat bawah. 





Harga semalam bermula dari rm120 kalau tak silap Ummi. Breakfast not included. Setahu Ummi cafe depa is temporarily closed. 


Alhamdulillah memang satu pengalaman yang sangat manis bagi kami dapat menginap di hotel ni. Thanks a lot to 'tuan rumah' for their generosity. Moga bertambah murah rezeki depa sekeluarga aamiin.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2720

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>