Nasi lemak buah bidara
Daun selaseh ku lurutkan
Sayang emak sayang saudara
Kerana kasih ku turutkan
Hah... Inilah buah bidara yang disebut dalam pantun di atas tu.
Terjumpa dekat kedai runcit depan tu. Sekilo 5 ringgit. Ummi memang suka buah bidara ni. Ada orang panggil epal Malaysia. Tapi jarang jumpa buah ni. Ini pun first time beli buah ni seumur hidup Ummi.
Sebelum ni pernah makan 2-3 kali. Dulu-dulu paklong rajin ke Siam (Thailand). Kadang tu bila balik kampung nampak buah ni di dapur terus Ummi basuh dan ngap! Rangup macam buah epal tapi gigi tak ngilu macam gigit epal. Rasanya masam manis dan sedikit berlemak. Saiznya pun kecil je, antara size tomato cherry dan buah kedondong. Ini bidara kampung. Kalau buah bidara Siam saiznya lebih besar dan lebih gebu.
Sekarang musim kot. Sebab pergi ipoh pun ada juga nampak Dak Ariel dok krup krap krup krap gigit. Makcik offer suruh ambik. Ingatkan banyak rupanya tinggal 5 biji je dalam peti ais 😆 tapi di ipoh harga sekilo buah ni rm7. Mahal sikit dari gombak ni.
Kome pernah makan buah bidara ni?