Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2725

Puasa 8 & 9 Zulhijjah

$
0
0
Cerita puasa dulu ye sebelum cerita raya ☺️

Wukuf di Arafah jatuh pada hari Khamis. Tapi kita di Malaysia Khamis tu baru 8 Zulhijjah. 

Ummi dan Kakak puasa hari ni.
Sandwich goreng tu Walid beli di Petronas Kota Damansara, sedaplah 👍🏻

Lepas Isyak pakat joined majlis bacaan Yasin F5. Support Abang 💪🏻 
Kali ni Danish yang lead. Walid tak joined, ada meeting bersama Ketua² Lembu Korban.  

9 Zulhijjah sama² bangun sahur utk Puasa Arafah. Rendang Daging ni Ummi order dengan Cik Ros Nasi Lemak, panaskan buat lauk sahur. Rendang airtangan orang Kuala Pilah, padu la kan... 

Menu berbuka meriah jugalah... Raikan anak⁴ yang sama² puasa. Ummi tempah juga puding jagung dari Cik Isma. Beli sekotak terus kali ni sebab hari tu tak puas makan 🤭

Yang berminat nak order kuih-muih tradisional atau pun brownies& pastries boleh hello² CI. 

Seperti biasa surau ada buat iftar jamaie untuk 8&9 Zulhijjah ni. Tapi the boys berbuka di rumah je. Ummi pun tak sumbang makanan kali ni. Terlepas pandang. 

Repeat beli mangga 4 kg. 
Bahagi² dekat Aunty Farah dgn Nurin. AF bagi kekacang utk kudap² raya. Meanwhile Nurin pula datang rumah buat homework dgn Kakak. Kami semua puasa, takdelah hidang apa² utk dia itu yang Ummi beli mangga bagi dia bawa balik rumah. 

Alhamdulillah. 





Viewing all articles
Browse latest Browse all 2725


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>