Cuti umum sempena Keputeraan YDPA, kami tak ke mana-mana. Operasi mengemas rumah selepas pasang wardrobe bilik anak² masih diteruskan.
Bila dah mengemas, banyaklah barang yang nak dilupuskan. Mana yang boleh dikitar semula, bawa ke Rise@KL. Balik dari situlah Walid perasan 1 dari 4 skru tayar belakang kereta Ummi penutupnya takde.
Ini kalau tak perasan, tengah² bawa tayar tercabut ke, masuk lopak ke rim bengkok ke apa ke naya la kan. Sori, bab keselamatan ni Ummi overthinking🙏🏻
Terus ke bengkel Tauke Leong, syukur buka hari ni.
Aiya macamana boleh hilang satu? Sapa curi?
Kami pun tertanya² juga sebab nak buka penutup skru tu kena pakai screw driver yang bulat tu kan... Macam nak buka tayar kalau pancit tu, bukan mudah sebab skru tayar ni ketat. Even kalau kita tukar tayar pun, selalu tengok orang pijak² dengan kaki untuk ketatkan skrunya tu kan. For sure bukan kerja budak² ni sebab perlukan alat khas, tenaga dan masa nak bukak skru ni ... Malas nak panjang cerita, biarlah Allah balas sapa² yang buat kerja ni.
Tayar belakang ni pun dah lama, jadi tukar sekali. Dah 💸💸💸 duit >500 termasuk buat sekali balancing & alignment. Hikmahnya bila benda ni jadi, dapatlah tayar baru :D Tahun 2020 rupanya tayar belakang ni.
Lepas tu terpandang pulak pokok Durian Belanda ni. Buah yang Ummi dok tunggu masa nak petik, dah tinggal tangkai! Nak kata burung @ tupai biasanya depa tebuk buah, bukan ragut gini. Mungkin monyet, sebab minggu lepas ada budak² nampak monyet dekat kebun Cik Leha. Belum rezeki Ummi :(
Tengahari tu juga ada jiran maklumkan ada ular dalam rumah dia. Minta tolong jiran² bukakan gate belakang ni sebab JPAM nak masuk. Jiran tu kat luar kawasan, bibiknya yang nampak ular ni. Ummi pun tolonglah buka gate tu dgn Cik Leha. Tengok² van JPAM lalu je sebelah kami, tak berhenti pun. Rupanya JPAM dah masuk rumah jiran tu, tak jumpa ular. Depa balik je tak cari dalam longkang ke apa pun. Mudah-mudahan kami semua dilindungi-Nya.
Nun di BSP, Mommy Zya hosted a ladiesgathering dekat homestay dia. Ummi tak pergilah sebab rancangnya nak ziarah GB, re-admittedto hospital lepas accident sebelum Hari Guru tempohari. Tapi sebab urusan kereta Ummi 👆🏻 terpaksa tangguh niat nak ziarah GB. Lama juga Walid melangut di bengkel TL sebab banyak kereta lain depa nak service/repair .
Walaupun begitu, banyak kerja dapat diselesaikan bila tak kemana-mana ni kan...
Selesai almari lama depa dua robohkan.
Lega mata Ummi tengok bilik depa dah lapang.