Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2732

Cuti Sekolah D2

$
0
0
Hari ni Ummi goreng kue tiau dan rebus telur ½ masak untuk breakfast. Sempatlah Walid pun jamah sebelum pergi kerja. 

Teh Tarik pun dah lama tak buat, kali ni buatlah sebab ianya kesukaan Abang dan Angah. 

Dah kenyang semua, ajak anak² bawa turun almari baju di bilik gegirls. Struggle betul nak bawa keluar almari ni sebab sempit esp nak lepas tangga tu 😅

Pakat pasang rak Rigga ni. 
Nak letak dekat bilik depa, untuk sangkut baju² sekolah, towel dsbnya. Split team; Team Abang & Adik vs Team Angah & Kakak. Sapa menang dapat hadiah :D   

Sebelum hantar Abang Angah ke masjid sempatlah Ummi masak dulu Asam Pedas Ikan Pari ni. Balik solat Jumaat Kakak goreng telur dan potong timun buat pelengkap juadah. 

 Singgah juga di dobi untuk keringkan pakaian. Semalam hujan sekejap kemudian seharian tu mendung. Masuk dryer machine je la senang. 

Walid balik kerja bawa balik lauk Asam Pedas Ikan Pari juga. Rezeki ikan pari hari ni 😁

Acik Solehah hantar biskut raya, selit sekali Kek Pisang. Sedap ya amat kek pisangnya ni. Teringat².

Supper pulak ...
Walid bawa balik keu tiau goreng dari surau.  Depa mesyuarat JK Qurban, adalah makan² sikit ni. Semoga dipermudahkan urusan korban pada harinya nanti 🤲🏻

#Maaf x sempat nak blog walking, cuti sekolah jadual harian bertukar. Slow² Ummi catch up balik 🙏🏻

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2732


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>