Hari sukan sekolah SRAI kali ni bermula rightafter cuti raya; 8/4-12/4/2025. Setiap hari ada latihan sukan, latihan perbarisan, persiapan prop dsbnya. Pakai baju sukan je anak² minggu ni. Sukalah Ummi pun tak payah gosok baju sekolah :D
Rabu 9/4 acara merentas desa.
Patutlah sekolah buat awal, rupanya minggu ni dah ada MSSD Merentas Desa Gombak. Merentas Desa sekolah hari tu utk selection ke MSSD ni la. Pemenang tempat 1-5 automatik terpilih ke MSSD.
Khamis tu dah mula Acara 1 untuk sukaneka. Adik bawa balik medal seketul;
Jumaat Ummi sempatlah luang masa sikit tolong cikgu rumah biru buat prop...
Kemuncak minggu sukan ni ialah pada Sabtu 12/4.
Acara diadakan di Stadium Saidina Hamzah, UIAM. Kali kedua Ummi hadir acara sukan SRAI di SSH ni. Kali pertama tahun 2018, Abang & Angah beraksi di SSH ni.
Tema perbarisan tahun ni perbankan/insitusi kewangan.
Berseri bila kain oren tu digandingkan dgn baju biru depa ni.
Dasatttt gimik depa, ada drone ye... Ada parents sponsored rasanya.
Tabung Hijau 💚
Tak sempat sangat nak snapped gambar rumah² lain sebab Ummi tolong cikgu² rumah biru siapkan murid-murid.
Kakak masuk acara 4x100 P T6 wakil rumah biru. Dia pelari ke-4, lari sama² dgn bffs; Danisha & Izz. Bff Nurin pelari ke-2 rumah kuning dan bestie Medina pelari ke-3 rumah merah kot. Semua geng dia :D
Well done Adik Kakak 👏🏻👏🏻👏🏻
Kedudukan selepas kejohanan;
💛
💙❤️ Kongsi mata
💚
Tahniah semua warga SRAI!
Alhamdulillah.