Selain risaukan 'bunga nan seekor' ni, Ummi juga asyik teringat pokok² Ummi masa balik raya hari tu. Ialah, hari² kita siram, kita belai terpisah seminggu tu pastilah teringat dan sesekali risau juga takut mati dek cuaca panas membahang.
Pagi Isnin tu barulah ada masa nak belek² pokok depan rumah. Yang diluar pagar alhamdulillah semuanya hidup except anak² cili yang baru nak bertunas. Maknanya ada hujan jugalah sepanjang kami balik kampung tu alhamdulillah.
Paling surprised tengok anak pokok telang ni dah berbunga! Pokoknya baru 2 jengkal kot tingginya tapi dah berbunga ye 💜
Ni pula Morning Glory, bukan Ummi tanam tapi tumbuh meliar dekat tempat Ummi parked kereta masa jaga checkpoint merentas desa kelmarin tu. Cantik kan?