Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2710

Apa jadi bila kedai dobi sebelah kedai mamak?

$
0
0

Minggu lepas ye yang cuaca sejuk ala2 kat Cameron Highlands tu? Umi sidai baju berhari-hari tak juga kering2... Dengan cuaca lembab dan kadang tu hujan memang tak keringlah baju. Sudahnya kita angkut bawa ke dobi, masuk dalam dryer terus kering. 

Umi bukannya tau guna machines ni. Harapkan Walid je la :) 

Nak dijadikan cerita pula, mesin basuh pulak tiba-tiba rosak. Drummer tak function. Telefon supplier mujur juga masih dalam warranty. Depa datang ambik drummer tu, konon 3-4 hari datang semula bawak spare part baru. Tunggu punya tunggu seminggu jugaklah baru spare part tu ada. Dalam seminggu tu 3-4 kali jugalah kami ke dobi. Bab baju kotor berlonggok ni memang buat Umi sakit kepala. Nak tak nak kena basuh juga. 

Drummer dah dicabut ni...

Sebelah dobi tu pulak ada kedai mamak. Masuk je kain baju dalam machine, jom la kita mamak-ing (lepak kedai mamak 😁). Nak tak nak order jugaklah teh tarik onne 😝 


Kalau setakat air je boleh lagi terima. Ini package dengan makan sekali...padahal baru je lepas dinner 😅
Inilah akibatnya bila dobi dan kedai mamak sebelah menyebelah huhu... yang tak bestnya duit kita asyik keluar je. Depa pulak asyik masyuk je haha... Manakan tidak, dari dok melangut tunggu baju tu kering, baiklah ke kedai sebelah tu. Dapat juga tengok tv hikhik...

Alhamdulillah hari ni technician Beko dah ganti pun drummer tu. Hopefully tak rosak lagi.  



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2710

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>