Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2699

Recap ~ Week 10, 2025

$
0
0
Week 10: 5-11/3/2025

5/3 bersamaan 4 Ramadhan jejak kaki je Bazar Ramadhan buat kali pertama untuk puasa kali ni. Bazar kecik peringkat kejiranan je, tak meriah mana pun. Yang menjual pun familiarfaces belaka; mereka yang berniaga di medan selera dan warung² di tepi jalan. Sepanjang Ramadhan ni MPS letak pita kuning di tempat yang biasa depa meniaga di tepi jalan utama tu. Bagi yang  nak berniaga, kena sewa tapak di Bazar ni. 


6/3 SRAI keluarkan memo penggunaan lokar bilik darjah. Tujuan disediakan lokar untuk kurangkan beban beg sekolah murid. Ialah, satu subjek min pun 3 buku; buku teks, buku tulis dan buku aktiviti. Kalau sehari 5-6 subjek? Silalah darab :) 

7/3 Abang Angah PB lagi. Bulan puasa boleh balik setiap minggu. Most SBP, SMKA macam ni rasanya. 

8/3 Pergi jualan raya dekat Batu Muda tu ...

9/3 Kakak mula tuition PSRA. 
Ini yang private, yang sekolah anjurkan lepas raya nanti. PSRA awal bulan 10 kalau tiada perubahan.


10/3 Kakak bawa balik borang pendaftaran PSRA untuk diisi. Sehari sebelum tu, pihak sekolah aturkan jadual fotografi untuk murid² T6, dengan bayaran RM10/4 kpg gambar. Sebelum² ni ambik gambar sendiri di kedai tapi kali ni nak bagi standard semua orang, seragam tudung/songkok semuanya. 

11/3 Takde apa yang menarik, tepek je la gambar our new family member (still dlm probation :p) 

Adik bagi nama Cheeky.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2699

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>