Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2713

Catatan 7 Ramadhan 1446H

$
0
0
Punyalah seronok bersahur pagi tadi;  berborak², makan pun santai² sekali jeling jam di dinding dah pukul 6. Hari ni hari minggu, takde apa nak kalut. Berbanding hari biasa, pukul 6 ni dah berhenti makan dan get ready untuk solat Subuh. Tudung, stoking semua dah tersarung. Habis solat zassss terus keluar rumah kalau tak terkandas la dalam kesesakan lalu lintas. Gitewww.... 

Matahari 7 Ramadhan bersinar terang.
Seminggu dah kita puasa ye. 
Dulu² tak sabar menghitung hari nak raya, sekarang kalau boleh dipegang Ramadhan ni, memang genggam erat², taknak ianya berlalu! Rasa sayang sangat. Dah seminggu berlalu ni rasa alahai cepatnya 🥺

Tengahari suhu cecah 40°C. 
Memang terasa bahang panasnya tu. 

Menu sahur;
Nasi Putih 
Ayam Goreng Ayamas
Rendang Paru - readymade,just panaskan
Leftover - Ikan Cencaru Bakar, Asam Pedas Ikan Senangin, Roti John, Murtabak (beli 3, extra 1 dari Pak Tam). 

Rendang Paru ni beli sebelum puasa. Memang purposely simpan utk sahur, bila malas masak :D Ada orang datang jual dari rumah ke rumah. Ummi beli kek coklat kukus tu sebiji. 

Menu berbuka;
Nasi Putih 
Siakap Goreng
Sup Sayur 
Ayam Belengas 
Mi Kari 
Nasi Daging & Bubur Lambuk dari surau 

Ayam Belengas ni viral di TT. 
Dah biasa makan tapi tak tahu pula namanya Ayam Belengas. 
Lumur ayam dgn garam & kunyit, goreng separuh masak. Keluarkan minyak dari kuali sebahagiannya, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis. Gaul sekata. Masukkan hirisan bawang merah, carrot dan cili. Kaup balik hingga sayuran layu. Tutup api. Siap! Garam dan gula tak letak pun takpe sbb sos² tu dah ada rasa masin manisnya. 

Geng Dapur Surau masak Nasi Daging untuk agihan kpd jemaah. Alhamdulillah sedap 👍🏻

Mi Kari
Pinggan Adik la ni kalau takde sayur ni. Ummi guna meatballs jenama iwani, beli di jualan raya tu. Sedap, padat isinya. 

Alhamdulillah. 







Viewing all articles
Browse latest Browse all 2713


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>