Alhamdulillah, rasmi sudah sejadah mini kiriman dari Mommy Zya, sempena terawih 1 Ramadhan.
Hajat nak tidur awal, tapi entahlah tak boleh lena. Kejap² terjaga hampir setiap jam pulak tu. Last² 3.45 pg Ummi bangun. Penat cuba nak lelap tapi tak boleh baik bangun je kan... Seronok dan syukurnya kalau setiap malam mampu bangun awal macam ni 😌
Pukul 5.30 baru bersahur.
Lauk sahur 1 Ramadhan;
1. Nasi putih
2. Daging Dendeng by En Rizal Caterer
3. Telur Masin - wajib ni sebagai pembuka selera pepagi
4. Ulam daun salad
5. Keli Sambal Hijau - baki lauk tengahari
6. Ayam goreng - leftover juga
7. Air sdn bhd - ikut selera masing²
Ummi buat susu kurma; blend kurma yang direndam sebentar dlm air bagi lembut, hiris dan kisar bersama susu segar. Hajatnya nak minum susu kurma ni je utk sahur, tapi realitinya nasi 2 pinggan guys🫣
Lauk berbuka;
1. Nasi putih
2. Kari Ikan Merah - kari ikan favorite Walid
3. Sayur Campur
4. Ayam Goreng Kunyit - favorite Adik, raikan kesungguhan dia berpuasa
5. Spaghetti Carbonara - utk moreh dan bekal Abang Angah bawa ke asrama (by Kakak)
6. Leftover Daging Dendeng
7. Murtabak Pak Tam
8. Bubur Lambuk Surau
9. Fruit Coktail by Adik
Menu hari pertama puasa ni meriahlah sebab semua berkumpul, plus jatuh pada hari Ahad. Walid cuti, taklah terkejar² nak berbuka kan. Lagipun awal² ni banyak idea lagi nak memasak, pertengahan dan penghujung bulan nanti biasanya menu sendu belaka 😅
Terpaling puasa la konon 2 ekor ni 😂
Sebelum² ni bungkus dalam plastik, then bekas plastik macam bekas taufu fa tu andnow paper bowl siap print nama surau.
Credit photo. |
Anak soleh boleh balik ke asrama lepas terawih. Jammed melekat dari main road nak masuk ke sekolah. Syukurlah kami hantar lepas berbuka, smooth macam selalu. Alhamdulillah.