Hari Jumaat selalu teringin makan sedap² sikit. Hari² lain apa yang ada di dapur je, almaklumlah makan sorang² je.
Dulu masa mula datang ke ibu kota tak reti sangat nak makan nasi kerabu ni sebab seumur hidup di kampung tak pernah makan nasi warna biru! Lama² tengok roommates Kelate makan, nampak sedaplah sampai tersukalah dengan nasi biru ni :D
Separuh ikan rebus goreng dah kena cukai dengan kucing 😂 Otw balik ke rumah, ada pulak stray cat datang dekat Ummi. Ajak ikut balik rumah tak nak, alih² Ummi patahkan ½ ikan tu bagi dia. Kesian, nampak lapar bebenor.
Alhamdulillah rezeki hari ni.