Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2718

Terima Hadiah "Terima Kasih utk 2024"

$
0
0
Alhamdulillah rezeki dari Allah, terpilih sebagai salah seorang Top Commentators 2024 di blog Mulan ~ Peace, Love & Harmony 


Sepanjang dok tinggalkan komen di blog kawan² maya ni tak pernah pun niat nak menang hadiah ke apa. Saja suka², seronok nak berkawan/berbual wpun sekadar di alam maya. Tapi bila dah tertulis rezeki kita, ianya tetap datang kepada kita 🤲🏻

Dan untuk rezeki kali ni, dapat hadiah Tupperware dari Kak Mulan! 

Dah la Tupperware, warna hijau pulak tu. Myfavorite color kiranya double joy la alhamdulillah. 

Sebenarnya pagi tu Ummi dah berderau darah Ummi, Kakak letak bekal dia dlm bekas Tupperware Ummi, bukan tipuware macam selalu. Agaknya dia pun dah kalut, capai je Tupperware tu. Nak suruh tukar bekas dah tak sempat, dah masuk kereta dah. Berdoa je la Ummi supaya bekas tu selamat pulang ke pangkuan 😆

Alhamdulillah Tupperware Ummi selamat, dan Allah tambah lagi sebiji untuk Ummi, melalui pemberian dari Kak Mulan ni :) 

Besar ye saiz Tupperware ni. Ummi ada satu warna ni juga, sebijik sebijan orang kata tapi saiznya lebih kecil. Mak vs anak la bandingannya :D 

Dalam Tupperware tu ada tissue cover dan lunch tote bag.Alhamdulillah semuanya cantik² dan functional

Lurvv sangat corak pada tote bag ni ... 
Motif bunga dan burung. 
Buka bag tu, eh ada lagi souvenir. Keychainfrom Turkiye alhamdulillah. 

Tqsm Kak Mulan ❤️
Semoga Allah luaskan dan mewahkan rezeki utk Akk sekeluarga, diperkenankan segala hajat dan dipermudahkan segala urusan 🤲🏻 

Tahniah utk pemenang² lain juga. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2718

Trending Articles


Seorang rentung, dua cedera parah selepas kapal terbakar


Cerita Jebat dan Ariana Rose


Prosedur Akuan Sumpah untuk Bakal Guru


Novel : Kahwin Ganti 1


Novel : Perempuan Lindungan Kaabah 1


Pantun Tegur...


SESCo, polis serbu rumah terlibat curi kuasa elektrik


Kampung Sindang Baru gembira mendapat gelanggang futsal


Video Nakal Zaquan Adha Tersebar; Itu Antara Saya Dan Suami! - Ayu Raudhah


Sarapan ZUS Coffee - Delivery Menu



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>