Memo asal penyerahan BAP SRAI pada 13/2. Tapi Jumaat dapat memo baru 👇🏻
Makanya selesai urusan pembelian buku sekolah dan kelengkapan sekolah, kami terus ke SRAI. Sesi dilanjutkan hingga jam 4 ptg, alhamdulillah.
Abang dan Angah ikut sekali, jadi dapatlah jumpa dengan cikgu² juga. Kawan² batch Angah ramai juga yang teman adik masing²; Wan, Akid, Munsif, Aisyah, Umai... Batch Abang tak perasan pula.
Alhamdulillah keempat² anak dah dapat BAP. Pakat guna sorang sikit dulu beli alat tulis.
Yang belum selesai, yuran sekolah. Untuk Adik Kakak dah dapat memo. Sesi baru nanti bayaran secara online belaka. Sekolah Abang belum lagi. Angah pun sama. Biasanya tunggu lepas mesyuarat PIBG.