Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2740

Minum Petang @ Heetam Coffee

$
0
0

Jumpa satu lagi portngopi yang baru sebulan lebih beroperasi di Sri Gombak ni. Adik la dok promote, katanya cafe ni milik parents kawan dia, A. 

Antara menu yang ada ...
Tak try yang ni sebab kami datang lewat petang. Next time boleh bawa Abang Angah...

Menu lain... 

Cantik dan kemas dekonya...


Kami order Cafe Latte, Coconut Latte dan Double Choc Vanilla kot namanya...dengan Kid's Meal 1 set; ada fries & nugget. Masing² pun masih kenyang, late lunch tadi. 

Sementara menunggu tu, Mama A hantar sepinggan cheesy fries ni. Percuma sebab kawan A katanya 🤩

Then, Mama A hantar pulak sebiji Big Mouth Burger! A belanja katanya... 
Aduh, segan dah Ummi ni 😌
Burger ni sedap gilerrr ye... Yang ni memang Ummi plan nak repeat. Hari tu cuit² je sebab Adik pun kemain erkngap burger ni... selalu dia tak berapa gemar burger

Lama jugalah berborak dengan parents A. Ayahnya sekapai dengan kami, orang Kedah jumpa geng memang sakanlah berborak kan wpun tak pernah bersembang sebelum ni :) 

Seronok bila ayahnya cerita tentang business mereka ni. Sebelum ni depa jual madu asli, then biji kopi and finally buka kafe. Business kopi depa ni bukan setakat kafe yang baru dibuka ni saja, tapi depa juga supplies biji kopi utk kafe² ternama. Tumpang bangga ye 👍🏻 Depa juga ada ladang kopi di Sintok, Kedah. Luas juga kawasan dengarnya. Adalah idea Ayah A nak majukan ladang tu. Mudah-mudahan berhasil 🤲🏻 

Wpun Ummi tak minat berniaga tapi Ummi suka dengar kisah² inspirasi dan kejayaan usahawan² khususnya bumiputera. Kalau mampu support, kita support la kan. 

Adik bawa balik beberapa biji roasted coffee, yang Mama A letak di kaunter sebagai hiasan 😇 Balik rumah dia nak cuba tumbuk, guna lesung batu...


Kopi Adik :D 

Ada sesuatu yang Mama A hadiahkan juga. Nanti Ummi cerita... 

Heetam Coffee ni selang 2-3 pintu dengan Restoran Thaqwa. Dulu Zazi's Kitchen, sekarang ZK dah tutup dan sekarang Heetam Coffee beroperasi di sini. 

Selamat Maju Jaya buat Heetam Coffee!
Tqsm for your hospitality Ayah & Mama A 🌹

Heetam Coffee 
Pusat Bandar Sri Gombak, 
53, Jalan SG 3/1, 
Taman Sri Gombak, 
68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: 10 pg - 10 mlm (Isnin - Sabtu) 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2740


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>