Esok pagi pukul 7 kami dah keluar dari bilik, bersiar² ambil angin di dalam dan luar kawasan resort.
Tak ramai yang menginap di sini. Tak nampak orang lain pun selain pasangan pengantin baru, Puteri & suaminya yang menginap di sini, seorang lelaki bujang yang checked in sama dgn kami semalam serta 1 family lain yang attended this wedding. Tapi ada beberapa buah kereta di kawasan parkir. Mungkin masing² belum munculkan diri.
Peluang ni Ummi ambil untuk berbasikal dan morning walk . Lama ye Ummi tak naik basikal tapi sebab takde orang kita pun kayuh la!
Rasa bersyukur sangat Allah bagi rezeki tengok pemandangan indah sebegini. Hilang masalah kata orang...
So kita morning walk dulu.
Cucu penoreh getah kena kenallah pokok getah, sekerap dan mesin getah kat belakang tu :D
UM suruh cuba ATV tapi tu la awal² pagi ni belum buka. Sebelah resort je. Tak salah dari Gua Kandu hingga ke sini semuanya tuan yang sama.
Ada beberapa tong sampah utk buang botol air minuman. Ummi support sangat inisiatif yg pihak TKR ni buat. Bagus sangat utk kelestarian alam sekitar 💚
The Kandu Resort ni sebenarnya selalu jadi port shooting filem/drama. Scenery dan suasana kat sini cantik, memang sesuai sangat.
The Kandu Resort
Tempurung Valley,
Lot 10731, Jalan Besar,
Kampung Gunung Mesah Hulu,
31600 Gopeng, Perak