Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2728

Bermalam di The Kandu Resort, Gopeng

$
0
0

Alang² datang jauh dari Gombak ke Gopeng untuk meraikan hari bahagia anak Uncle Megat, kami ambil kesempatan bermalam di The Kandu Resort, Gopeng ni. Bumbung merah tu hotel manakala sebelah kiri main entrance ni dewan majlis dan bangunan pengurusan rasanya. 

Dewan majlis, open air concept
Sejuk kawasan ni hijau, dikelilingi banyak pokok dan ada bukit batu kapur. 


Tasik pun ada. Very nice view here... 

Luas ye kawasan resort ni. Sangat tenang dan santai bila berada di sini. Dapat hirup udara segar dan lari dari kesibukan kota rasa segar dan bertenaga. 

Bangunan hotel 2 tingkat. 
Terpisah jauh dari dewan acara jadi ada privacy antara tetamu majlis dan tetamu hotel. Antara dewan dan hotel ada kawasan lapang yang sangat luas untuk parkir kenderaan. 

Reception and lobby...

Lawa dekorasinya....

Lurvvvv
Banyak koleksi buku. Rasanya semua ni koleksi peribadi owner

Buku ni best sangat! 
Sayang Ummi takde kesempatan nak baca. Sempat belek 2-3 m/surat je. 

Hiasan seni tekat, warisan kebanggaan negeri Perak Darul Ridzuan. Dato' Nolee ni anak kepada owner. Kedua²nya pernah berkhidmat sebagai Exco kerajaan negeri Perak. Impressive

Nak masuk lobi kena buka kasut. Mula tu rasa pelik tapi bila masuk tu automatically feel welcomed and at home

Dekorasi macam ala² living area dekat rumah, feel sooooo homey... 



Bilik kami di tingkat 2. 
Bilik doubleRM238/night tak silap. 
Family suit RM488 rasanya, ada private pool. Dekat TKR ni takde pool ye, cuma family suit tu je ada pool. Family suit ni 1 unit je. Fully booked masa ni.. 


Walaupun bilik double, tapi ada extra bed. Bonuslah utk kami, semua boleh tidur selesa alhamdulillah. Saiz bilik pun besar, selesa sangat untuk kami sekeluarga. 

Ada balkoni. 
Dekat balkoni tu ada kerusi meja juga 

Kemudahan yang disediakan. 
Smart TV, boleh tengok YouTube dan Netflix juga. Bawah kettle (dlm rak) tu ada mini fridge
Cuak juga nampak lilin dan mancis, takut ada gangguan bekalan elektrik hihi... Alhamdulillah everything went smoothly for us during our stay. 

Bilik air best; besar dan air pun lajuuuu👍🏻
Hotel ni siap 4 tahun sudah. Tapi baru beroperasi 2 tahun sebab bila dah siap, PKP pula. Kiranya barulah segala fasiliti di sini. 

Ada bilik mesyuarat dan dining area utk family owner agaknya. Ruang dan dekorasi di sini memang family vibe. Mungkin juga di sini tempat owner berkumpul bersama keluarga bila takde guests

Nak buat family day pun sesuai tempat ni...
Ada surau dan toilet luar juga. 

Ada basikal disediakan...
Seronoklah anak⁴ dapat berbasikal walaupun dah berbaju tidur hihi... Suasana kat sini sangat tenang, takde apa nak kalut, so just enjoyed the moment. 

Hotel dari jalan utama. 
Petang tu Ummi Walid meronda² di kawasan ni. Katanya ada sungai dekat kampung² dalam ni. 
Line internet tak kuat dekat sini tapi hotel ada WiFi. Bolehlah nak update status :p

Opposite hotel ada warung kampung. Warung Labu Labi namanya. 
Sambil order dinner, sambil layan Mee Rebus semangkuk. Dekat pukul 7 mlm boleh lepak warung tanpa rasa bersalah (baca: terkejar²). Masa macam bergerak perlahan je bila fikiran kita tenang, suasana pun tak hiruk pikuk dan paling best takde trafficjam😁

Apapun, sebelum Maghrib tetap kena masuk rumah (hotel). 

Sebab resultUASA tak memuaskan, kenalah study walaupun cuti sekolah :p 
Nak 🤮 Ummi cuba bantu selesaikan soalan² Add Math dia. Kita dulu belajar cari nilai X @ Y je, depa la ni kena cari X, Y, Z semua 😇 
Akhirnya berjaya juga Abang selesaikan. Itulah Ummi (dan Cg P) selalu sebut pun, buat sampai boleh bukan baru try sekali dua dah giveup

Kena sambung part 2 nampaknya, ada lagi Ummi nak share pasal percutian kami ni :D 
Stay tuned



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2728


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>