Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2730

Minum Petang @ Mahallah Bilal, UIAM

$
0
0

Sambil tunggu Abang habis program, kami lepak dulu di D'Mama Cafe, Mahallah Bilal. Mahallah ni kolej kediaman la kalau bagi U lain. 

Nama² mahallah diambil sempena nama² para Sahabat; Ali, Farouq, Nusaybah, Sumayyah antaranya. 


Cantik dan bersih.
Cafe ni berkonsepkan gerai². 

Hari tu tengok dekat TT ada orang review Cafe ni, itu yang datang ni alang² dah ada dalam UIA. Nasi campur rasanya takde tapi ada nasi bajet, Nasi Kak Wok, nasi Arab... 

Harga affordable  dan lebih murah sebab target customers students kan. Bayar pakai QR semua. 

Try order pepperoni pizza saiz S, 4 keping. 7 ringgit je. Cheesy juga tapi sos banyak sangat, don't like 🙏🏻 Ummi lagi suka pizza dekat Mahallah Ali. That one foreigner buat, lagi sedap bagi Ummi. 

Adik order Ayam Popcorn. 
Set ni ada fries sekali (RM5).  Ayam dan fries tu terlebih garing la pulak 🤭 

This is the winner
Sizzling Yee Mee ni recommended sebab sedap, setanding dgn kedai dekat² mall tu. RM8 je. Cili potong pun depa bagi. Kalau teringin sizzling/hot plate bolehlah ke sini. Murah & sedap 👍🏻


Selain makanan² ni, kami tapau juga Nasi Goreng Kampung + Telur Mata utk Abang. RM7-7.50 camtu. 

Asar pun dah masuk, solat la dekat Masjid UIA ni... 


Abang habis program, solat pun dah terus gerak ke asrama. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2730


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>