Trip ke Johor tu ada beberapa episod lagi, tapi KIV sat, bagi laluan kepada cerita² Cuti Sesi ke-3 Persekolahan Tahun 2024/25 ni. Cuti kami tak kosong ye, banyak sangat aktivitinya. Alhamdulillah Allah bagi rezeki masa, duit dan tenaga utk bermusafir lagi. Syukur.
Seawal jam 6.45 pagi (Sabtu, 21.12) kami dah bergerak menuju ke Utara. Bulan 9 yang lepas, kami menempuh perjalanan lebih 6 jam untuk sampai di Ipoh semasa hari pertama cuti sekolah Sesi 2 tempohari. Jadi, kali ni kami lebih bersedia.
Termasuk dlm persediaan yg Ummi buat ialah masak bekal utk sarapan.
Sarapan Nasi Bujang, requested by Angah :D
Bawa bekal ni sebab nak elak bersesak² dan buang masa beratur beli makanan. Bila ada bekal, boleh berhenti makan di wakaf² Hentian Sebelah je. Jimat masa nak kena beratur beli makanan.
Ummi buat sambal tumis bawang, instead of sambal belacan. Macam tak lalu pulak nak makan nasi putih dgn sambal belacan pagi². Kita buat dia, adjust la ikut kehendak masing² dak?
Packed dalam bekas plastik tipuware je. Kalau tak jumpa sinki sesuai utk basuh boleh buang je bekas tu.
Cubaan nak berhenti di Hentian Sebelah sebelum sampai R&R Tapah tak berhasil. Wakaf semua full. Jadi, terpaksa juga berhenti di R&R Tapah. Aduhai, ramainya manusia...
Tumbler Walid beli di ArkadiusGift hari tu. Dalam tu Ummi isi Teh Tarik bancuh di rumah. Masa isi suhunya 45°C, bila sampai Tapah turun ke 25°C. Tahan panas jugalah kan...
Setel makan, toiletbreak semua jom sambung perjalanan 💪🏻