Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2696

Rossco Cafe, Iskandar Puteri

$
0
0

Ikutkan kenyang lagi sebab baru lepas breakfast kan, tapi alang² dekat je dengan hotel (dlm 1.5km) je kami singgah di Rossco Cafe dulu sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. Petang sebelum tu dah recce tempat ni jadi tidaklah tercari². 


Katanya kafe ni terkenal dengan hidangan lauk kampung yang pelbagai. Tak sabar Ummi nak melangkah masuk ke dalam kedai. Saja nak tengok² je sebab masih kenyang. Walid pula beria nak singgah sebab nak makan kacang pool. 

Baru pukul 10.30 pg ye, lauk dah beratur :D 
Pelanggan belum ramai, banyak lagi meja kosong. 

Senangkan dah siap harganya... 

Hat ni makan dengan nasi panas² pun confirm licin sepinggan 😆

Ulam dan pelbagai jenis sambal/pencicah. Ingat nak jamu mata je, tapi tewas juga bila nampak ni 👇🏻

Sup Gearbox tu dok lambai², kesian pulak ahahaha... 

Tu dia mai dah 😋

Kuah sup sangatttt sedap, rasa segar je hirup kuahnya. Cuma, gearbox tu kalau rebus lama sikit lagiiiii sedap. Yang ni agak keras dan liat lagi dagingnya. Tapi licin juga, dikerjakan oleh Kakak dan Walid :D 

Yang ditunggu² akhirnya tiba... 
Kacang pool ni highly recommended 👍🏻
Berkongsi pulak makan, bertambah² sedapnya. Nak order lebih tak habis pulak karang sebab masing² masih kenyang. 

Kafe luas ye... Ni ruang makan bahagian dalam. Suka tingkap nako tu, nampak klasik kan...

Kami pilih duduk di luar sebab lebih santai, sambil layan busking

Power suara dia 👍🏻
Perform pulak lagu 80-90-an memang kenalah dgn jiwa kan ... Mesra orangnya, tegur² kami tanya dari mana dsbnya. Ummi request dia nyanyi lagu 'Layu di Hujung Mekar' pun dia layan :D 

Memang best la kafe ni. Kalau ada rezeki datang area sini, pasti akan singgah إن شاء الله 

Kafe ni stand alone building di satu kawasan lapang. Parking banyak 👍🏻 

Rossco Cafe 
Persiaran Laksamana, Kota Iskandar, 
79100 Iskandar Puteri, 
Johor Darul Ta'zim
Waktu Operasi: 
Seawal 7 pg kecuali Ahad (7.30 pg). 
Sabtu tutup. 
Buka hingga jam 5-6 ptg (ikut hari). 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2696

Trending Articles