Sampai di Puteri Harbour, kami terus cari makan. Walid bawa ke Mana Cafe. Ada pelbagai pilihan makanan; Thai, Western, Melayu dll... Bila kita duduk pelayan akan bagi 2-3 buku menu untuk kita pilih.
Ada buskers juga tapi kami nak balik tu depa baru sampai. Lepas Isyak agaknya diorang perform.
Kami order;
Gigih ye dia asingkan segala sayur mayur tu. Ala² sate tu ayam goreng, datang bersama menu ni.
Tomyam Campur pilihan Kakak.
Dihidangkan dalam bekas ni, beserta masing² dapat 2 mangkuk kecil utk kita cedok isi dan kuahnya. Makna kata, 1 bekas ni minimum boleh makan 2 orang.
Sedap sangat sup daging ni. Pedas dan masam², rasa segar badan setelah mengharung perjalanan lebih 6 jam.
Tak habis makan pun, bungkus bawa balik ke hotel. Esoknya Kakak hirup kuahnya sambil layan pemandangan dari Tingkat 14 hotel.
Ini bukan sata tapi pepes rupanya. Patutlah lain sikit bentuk dan rasanya. Tapi sedap ya. Ummi makan pepes ni lebih dari makan otak² sebab otak² boleh dikatakan lebih senang jumpa. Benda yang jarang jumpa, yang itulah kita pulun 🤭
Untuk air, semua order air kosong dan secawan kopi utk Walid. Total bil <RM55. Bagi Ummi tak mahal sangat sebab portion makanan besar, sedap dan tak kedekut bahan. Puas hati makan, alhamdulillah.
Dari kafe, kami turun tengok kapal berlabuh di marina Puteri Harbour ni. Nampak meriah juga di bawah ni tapi suasana agak gelap. Takde lampu jalan, hanya limpahan lampu dari cafe/kedai bawah² ni. Ada juga jualan souvenir dsbnya. Kami hanya turun ambil gambar kapal je, tak sabar nak check in hotel.
Sebelah berlampu tu lebih meriah tapi kami tak jalan hingga ke sana. Dok nampak hotel je sebab dah rasa belengaih :D
Tenang dan damai je tengok deretan bot mewah yang berlabuh disamping menikmati angin malam yang bertiup lembut.
Selain barang² ni, Ummi hand carry a tote bag. Hand bag sangkut di bahu. Sambil tunggu Walid ambil key, duduk² dekat sini. Setel Walid checked in, terus naik lift. Mandi, solat semua nak charge phone baru perasan tote bag tu takde. Pucat Ummi sebab dalam tu ada wallet and few barang berharga plus make up bag. Terpaksalah Walid turun semula ke lobi tengok² kan. Alhamdulillah it was there. Dekat sejam juga rasanya tinggal tapi alhamdulillah takde siapa usik.