Orang lain dapat planner 2025, Ummi dapat planner 2024 😆
Kawan Ummi yang jual takaful tu la bagi, sebab nak habiskan stok sebelum planner 2025 depa agihkan dekat client. Aunty Afla ni bagi juga sebekas keropok lekor. Alhamdulillah rezeki.
Ummi jumpa AA ni nak ambik t-shirt alumni kami. Cantikkan? Ala² corak tenun. T-shirt ni la Ummi pakai masa EnviRUNment tu.
Biskut Mazola ni Mama Nurin bagi. Jumaat minggu lepas Ummi tumpangkan Nurin, ibunya ada meeting takut lambat.
Apapun yang Ummi dapat, Ummi anggap rezeki. Barang ke makanan ke alhamdulillah.