Alhamdulillah lega bila dah berjaya selesaikan yuran² Abang. Yuran sekolah dan buku² alhamdulillah dah selesai awal² buka sekolah bulan 3 hari tu. Angah pun sama.
Yuran PIBG
Kena tunggu kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri kot, selepas meeting PIBG. Tak silap Ummi la sebab yuran PIBG ni lepas bulan 7/8 gitu baru keluar surat.
Okay juga macam ni, tidaklah 'sesak' sangat awal² sesi sekolah nak kena setel-kan semua.
Ummi ingat lagi masa kecik dulu, berapa Tok dan Tok Wan struggle nak siapkan duit yuran sekolah kami. Nak² Tok penoreh getah, bila hujung tahun hujan macam ni memang 'tak leh motong' le ... Tak leh motong tu tak boleh keluar menoreh maksudnya :D Bila tak dapat menoreh, tak dapatlah jual getah sekerap. Tapi alhamdulillah Paklong dah kerja masa tu. Dialah yang tanggung belanja sekolah Ummi dan arwah Pakcik.
Yuran Makan Asrama
Ini pula YMA.
YMA ikut pendapatan parent.
(RM4999 ke bawah bayar RM1/sehari dan >4999 bayar RM3/sehari)
Rasanya standard kot semua sekolah berasrama bawah KPM ikut jadual ni.
Zaman Ummi dulu bayar YMA ikut bilangan hari dalam bulan tersebut, bayar bulan². Contoh Jan ada 31 hari (31 x RM1/sehari) + duit asrama kot RM3. Tok Wan bagi RM50 je sebulan. Setel bayar YMA, baki tu la Ummi berjimat untuk sebulan ☺️ Form 2 dapat biasiswa, alhamdulillah.
Yuran KSIB
KSIB = Kumpulan Sarana Ibu Bapa
Ada juga sebut kumpulan sokongan. Tujuannya nak membantu sekolah terutamanya dalam melaksanakan program² yang boleh meningkatkan prestasi pelajaran anak². Setiap tingkatan ada group-nya.
Dalam mesyuarat dah setuju untuk kutip RM40/pelajar. Banyak ye belanja untuk kecemerlangan anak² esp utk persediaan SPM nanti. Yuran ni kami bayar ansuran, sebab bulan 7 kot baru mula kutip. Kalau mula kutip dari awal Jan, takdelah tertunggakkan. Takpe, yang penting dah jelas.
Dulu ada yuran untuk ambil SPM kan ... Seratus lebih, tak ingat exact amount. Nama Ummi kena mentioned dengan guru kelas, antara beberapa orang yang belum bayar yuran SPM. Gelabah, takut tak dapat ambil SPM. Rupanya Paklong dah datang sekolah, bagi duit kepada PK. Ummi terus jumpa PK HEM, tapi Abah (panggilan utk PK) kata takde, dia tak terima apa² duit. Nak nangis dah huhu... Rupanya Paklong passed dekat sorang lagi PK 😅
Dan terakhir duit majalah sekolah. RM25 untuk 1 keluarga. Kalau lebih dari seorang anak dekat sini, beli 1 naskhah je. Abang kata ada 4 gambar dia dalam tu. Tunggulah dapat majalah nanti, Ummi nak tengok hensem ke tidak anak Ummi ni :p