Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2701

Mini Chocolate Cake Kukus

$
0
0
Excited anak⁴ nak berkumpul sempena cuti Deepavali ni, Umminya terlebih rajin hari ni 😁 Minichoc cake versi kukus ni Ummi buat awal pagi tadi. Teruja nak mencuba sebenarnya :) 

Bahan² semua sedia ada di dapur itu yang laju je... Bahan lain yang diperlukan ialah sarang (?) minicupcakes. 


Gaul Bahan B ni hingga sebati semuanya. 
Kemudian, campurkan Bahan A. Sebelum campurkan Bahan A tu, Ummi susun dulu sarang cupcakes dalam loyang kukus.

Kalau ada acuan lompang tu lagi sesuai.

Campurkan Bahan A ke dalam Bahan B, gaul hingga sebati semuanya guna sudu/senduk kayu je. 

Ambil sudu bulat (sudu sup) dan sudukan ke dalam sarang cupcakes. Dalam masa yang sama, hidupkan api dan panaskan kukusan. Bila air mendidih, baru letak loyang pengukus. Kukus dalam 15 minit atau sehingga masak. 3-4x juga kukus sbb comel² je kan saiznya. Mujur pengukus Ummi besar, 2 layer cepatlah sikit. Itu pun yang last Ummi masukkan dalam bekas taufufah 🤭

Dapat banyak ni alhamdulillah. Bolehlah buat minum petang dengan anak².
 Terima kasih Ilyana88 atas perkongsian resepi 🌹

Sambil mengukus, sambil menggulai. 

Siap kukus kek, lunch teruslah alang² Gulai Ayam (Kari Ayam) pun dah siap. Makan gulai, kena ada kicap baru umphh :)

Selamat mencuba 🤗 








Viewing all articles
Browse latest Browse all 2701

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>