Kelmarin dulu Ummi ajak Walid singgah Butik D'Fyros ni, nak cari baju kurung untuk Ummi dan gegirls. Alhamdulillah banyak jemputan kenduri kahwin menanti kami. Dari bulan 10 ni hingga bulan 12 nanti ada yang dah hulurkan jemputan.
Banyak pilihan dan harganya pun berpatutan. Sebelum² ni Ummi fikir baju² dekat butik mahal²... Tapi sebenarnya tak juga. Baju² dekat Butik D'Fyros ni lebih kurang je harganya dengan yang dijual di booth² jualan dekat mall² tu. Plus, selesalah nak memilih sebab butiknya berhawa dingin, ada fitting room and yang best staff pun very helpful. Walaupun fixed price tapi Ummi signed up jadi member. Bayar RM10 utk lifetimemembership terus dapat harga ahli untuk setiap pembelian.
Alhamdulillah jumpalah yang berkenan dihati.
BUTIK D'FYROS
(Cawangan Sri Gombak)
No 13 Jalan SG 8/7
Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves, Selangor
No Tel: 03-61892124
Waktu Operasi: 10.00 pg - 8.00 mlm (Isnin-Sabtu)