Dari Batu Gajah kami melewati Gopeng. Nampak gerai buah²-an di kiri kanan jalan, ajak Walid berhenti. Tak tahan tengok durian dan petai melambai² :D
Ada yang sekilo RM10, ada yang RM12. Ummi minta adik jual tu pilih sebiji yang elok². Yang meniaga ni ada sorang Pakcik dgn anaknya. Biasa kalau beli dekat pakcik² ni depa memang jujur. Nampak pulak kita orang luar, ada budak² lagi memang depa pilih yang elok² untuk kita. Setakat ni experience Ummi macam tu la, alhamdulillah puashati.
Muka puashati dapat makan durian. Walaupun sebiji je Ummi beli tapi isi banyak. Ummi makan 3 ulas, Angah pula sampai 5 ulas dia makan 😁 Adik tak makan, dia duduk meja sebelah lepas Ummi snapped gambar ni. Pening katanya bau durian tu.
Ummi beli juga petai, petai padi kata Pakcik tu. Patutlah matanya (isi) kecik². Ambil juga rambutan gading seikat, buat makan dalam kereta. Manis dan lekang (lokah) isi rambutan gading tu, sedap.
Dah kenyang makan durian, jom teruskan perjalanan...