Semalam berlangsung majlis penutup Bulan Kemerdekaan di SRAI. Adik pakai baju bertema Merdeka, manakala Kakak pakai baju PJ je. Dah besar ni dia tak minat nak pakai baju² bertema ni, kecuali geng dia pakai sama. Tahun ni takde pertandingan baju Merdeka, sekadar dipakai untuk memeriahkan majlis.
Selain tu ada beberapa acara dipertandingkan untuk memeriahkan sambutan. Antaranya pertandingan Basikal Berhias.
Pertandingan Membina Replika KLCC Menggunakan Bahan Terbuang. Kakak nak masuk pertandingan ni tapi dah penuh. Pertandingan secara berkumpulan, ikut rumah sukan masing². Kagum Ummi tengok hasil kreativiti anak² ni 👍
Ada juga pertandingan hias koridor, juga ikut rumah sukan. Penglibatan Kakak, tolong cikgu hias koridor rumah biru :) Adik pun tak masuk apa² pertandingan kali ni .
Guru² lelaki sporting berkain pelikat dan berbaju Melayu semasa pelancaran bulan kemerdekaan bulan lepas. Cikgu² perempuan pula berkain batik dan berbaju kurung. Cantik pulak tema begini.
Simpan sini untuk kenangan, walaupun takde penglibatan anak² Ummi kali ni :)