11 Sep 2024 I 7 Rabi'ul Awwal 1446H
Sedih sangat hati Ummi bila dapat khabar sahabat uni kami, Sri telah meninggalkan kami semua semalam. Dijemput kembali ke negeri abadi setelah 16 tahun diuji dan berjuang melawan kanser. Setahu Ummi, arwah pernah bebas kanser tapi sel kansernya kembali aktif dan merebak hingga ke tulang belakang.
Ramai sahabat² yang hadir malam tadi. Arwah sangat disenangi dan disayangi rakan², ceria dan ramah orangnya. Walaupun diuji dgn kanser tapi ceria dan positif orangnya, tak pernah berubah perangainya dari zaman uni.
WA terakhir kami, then Ummi jumpa arwah masa wedding Aunty Shad 18.5 lepas. Kali pertama bertemu selepas kami graduate. Lama tak jumpa tapi kemesraan arwah tak pernah pudar. Dan Ummi pun sentiasa ikut perkembangan arwah dari AS, yang sememangnya rapat dengan arwah. Depa roommate masa uni dulu. Ummi pula selalu ke bilik depa jumpa AS. Jadi Ummi pun kenal arwah dari situ.
Arwah meninggal di Hospital Sg Buloh, jam 1.55 ptg semalam.