Jumaat 6.9 kelmarin, hari yang sangat sibuk bagi Ummi Walid;
1/ Urusan Abang
2/ Urusan Kakak & Adik
3/ Urusan Angah
Hari ni (Jumaat tu) Hari Bicara Akademik SRAI. Selalunya Ummi datang sorang je ambil report card depa tapi kali ni Walid ambil cuti. Sebab ada kaitan dgn urusan #1 & #3 👆
Walaupun datang berdua, tapi Walid ke pejabat, jumpa PK HEM berkaitan hal sekolah 😌
Tahun ni tinggal 2 je di SRAI, tahun lepas 3 orang jenuh naik tangga turun tangga ke kelas depa. Lain² blok pulak tu 😅
Keputusan PPT Kakak dan Adik alhamdulillah, cemerlang. Tahniah Adik & Kakak 🌹
Itu ini balik rumah rehat sekejap Walid keluar semula, ke sekolah Angah pulak. Angah PB minggu ni. Lepas solat Jumaat, ambil Angah tapi belum balik rumah ada meeting dgn orang kuat KISB dan seorang lagi insan penting. Semuanya pasal hal sekolah anak² la. Dekat Asar baru sampai rumah.
Hari yang sibuk tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar.