Ahad minggu lepas, 25.8 Uncle Husin buat kenduri aqiqah untuk cucu keduanya. Majlis dekat Dewan Komuniti di kejiranan kami je. Pagi tu sempatlah Abang Angah tolong UH susun meja kerusi.
Lauk pauk semuanya sedap, airtangan chef hotel pencen. Chef ni juga selalu masak untuk program² surau.
Lunch tu Ummi tak masaklah kan, tapi sebelum hantar Abang Angah balik ke asrama tu, Ummi goreng kue tiau untuk bekal depa. Kot² tak kenyang makan kenduri, bolehlah makan kue tiau ni.
Terima kasih UH atas jemputannya. Semoga cucu² UH membesar dengan sihat dan selamat selalu.