Lama dah berkenan dengan handheld vacuum cleaner yang ramai orang sekarang guna tu. Tambah² yang orang jual di TikTok, jenis cordless. Nampak senang je macam ambil penyapu, sapu sampah. Ringan dan senang nak usung sana sini as compared to vacuum cleaner yang berat tu kan...
But knowing Walid, of course benda² macam ni dia tak akan beli sembrono 🤭 Hari tu survey dekat Lazada tapi Walid cakap suction power tak kuat. Ummi pasrah je la time tu.
Tapi, baru² ni Walid jumpa yang okay pada dia, terus order. Sampai Isnin lepas, beli dekat Wowshop. Jenama Shimono, RM179.
Sabtu 24.8.2024 dirasmikan penggunaannya haha. Anak² soleh balik bermalam, kita buat kerahan tenaga vacuum bilik 💪
Cumanya bukan cordless dan pakai letrik. Ikutkan banyak jenama terkenal yang dah keluarkan cordless vacuum sekarang ni tapi itulah bajet kita takat ni je ☺️
Yang ini wayar dia agak panjang, rasa² 3m panjangnya. Cukuplah nak 'menyapu' ruang tamu rumah kami tu.
Puashati nampak habuk² dsbnya yang berjaya disedut. Memang hari² vacuum carpet ni. Sedutan dia memang kuat, and quite bising. Tapi takpe, janji powerful.
Spray mop ni pun Ummi suka guna, sebab tak payah perah² dah, tak payah nak usung² baldi air dah. Kain lap tu pun boleh dibuka dan dibasuh. Yang ini dapat extra kain lap. Pernah beli dekat Mr DIY mop jenis ni cuma yang ni batang mop tu besi, kukuh.
Alhamdulillah bertambah gajet yang memudahkan urusan harian. Moga bertambah rajin jugalah Ummi ni :D