Alhamdulillah tumpang happy bila ada yang dapat kunci kediaman! Lagi happy bila dijemput ke rumah mereka :D
Sabtu lepas (17.8) cerita ni, Aunty Fiza ex-officemate Walid jemput makan² di rumah baru mereka sempena birthday anak bongsu mereka.
Ummi tak snapped gambar makanan sebab ramai sangat guests that time. Tapi macam² menu dihidangkan; nasi tomato, ayam masak merah, bihun goreng, roti jala, cupcakes dsbnya. Meriah makanannya. Habis makan tu jenguk sekejap dekat balkoni rumah depa ...
Pandang bawah terus nampak hijau² ni as if rumah diorang atas tanah juga. Terbaiklah unit yang diorang dapat ni. Bangunan tu menempatkan gym, cafe (belum beroperasi) dan swimming pool bersebelahannya.
Tahniah AF sekeluarga direzekikan rumah kedua 🌹