Balik dari outstation of course ada buah tangan kan ...
Goreng Pisang dgn Sambal Kicap, signature orang Johor 🤗
Ada juga otak² dan kuih bom/kuih bijan.
Bijan orang Kedah (sesetengah tempat) panggil 'lenga' :)
Dan shawarma...
Shawarma ni kata Walid plan-nya nak makan dalam perjalanan, tapi kenyang lagi sebab dah makan tengahari. Bahaya juga nak drive sorang² dalam kekenyangan, mengantuk satgi.
Singgah solat Jumaat di kampung Puan Ujie ☺️
Lepas Jumaat bertolak dari Tanah Jauhar, sampai di Gombak lepas Maghrib. Kuih muih pun dah keras/liat, Ummi panaskan semula guna air fryer alhamdulillah rangup semula. Lama dah tak makan Goreng Pisang cicah sambal cili gini, sedap. Teringat balik 4 tahun lepas kami ikut Walid outstation ke Pontian, hari² makan Goreng Pisang dgn Sambal Kicap yang dibeli di depan Semerah Garden Hotel.