Lily adakan birthday party Ahad lepas untuk kawan². Ummi pun tak join, sebab tak dijemput sebenarnya haha... Majlis untuk budak² je :D
Tapi, Cik Ana kirimkan kek dan Pulut Kuning Berinti Serunding ni airtangannya. Pulut Kuning begini rasanya terkenal di belah² Pantai Timur kan? Kalau belah Utara biasanya pulut Kuning dimakan bersama Kari Ayam. Di tempat Ummi (Baling) biasanya pulut putih (tanpa kunyit) diganding bersama inti kelapa, sambal bilis atau paling sedap dimakan bersama ayam bakar esp bila ada special occasion macam khatam Quran. Ataupun makan dengan Pisang Emas terutamanya semasa kenduri doa selamat. Jarang Ummi jumpa pulut kuning masa kecik² dulu.
Pulut Kuning Berinti Serunding ni sebenarnya CA buat untuk pertandingan Pulut Berhias anjuran masjid kariah kami. Ada karnival masjid Jumaat- Ahad lepas. Macam² acara. Nama Abang pun tersenarai untuk acara tarik tali 💪 Tapi, Abang tak PB jadi tak dapatlah join walaupun ikutkan dia nak suruh Ummi pergi ambil. Bukan tak nak, tapi sekarang ni almost every weekend dia ada tuition di sekolah. Dengar² lepas ni pun PB sebulan sekali, sama dengan F5. Cikgu² pun dah risau sebab tak sempat nak habiskan silibus.
Berakit² ke hulu dulu ye Abang, berenang² kendian 🤗