Pagi tadi kami sarapan di DeFaza (dulu Faza Seafood) Sri Gombak. Dulu depa meniaga di medan selera berhampiran KFC dan Giant Mini Sri Gombak tu. Sekarang food court tu dah dirobohkan sebahagiannya jadi semua peniaga kena pindah. Dengarnya para peniaga dipindahkan ke tapak uptown; ada canopy berdindingkan zink dekat hujung tapak uptown tu, di situlah mereka ditempatkan.
Tapi, DeFaza ni depa sewa kedai depan tapak uptown tu (sebaris dgn CIMB Sri Gombak).
Persekitaran selesa walaupun kedai taklah besar mana. Ada juga meja kerusi di luar kedai.
Ummi pilih nasi lemak lauk sardin. Begedil tu kira wajib juga bila makan di sini; gemuk & sedap. Ambil juga bingka ubi kayu. Kuih gini kalau teringin better beli je, sebab Ummi sorang je makan pun.
Ni masa Ummi breakfast dengan Adik time dia MC hari tu. Kedai ni ramai pekerja wanita, jadi tak kekok dan comfortable kalau nak makan sorang pun.
Kalau Ummi selalu repeat tu maknanya kenalah dengan citarasa kan? Pilihan makanan pun pelbagai. Staff baik² dan service cepat. Harga tu standard lah...