Alhamdulillah Uncle Azman & Aunty Wati jiran kami dah selamat kembali ke tanah air.
Sejadah mini, perfume, tasbih dan kerongsang. Sejadah tu cantik, sama cantik dengan sejadah Cik Siti bagi minggu lepas. Halus buatannya, seakan dari Turkiye.
Baca juga: Sejadah Turkiye yang Menawan
Perfume tu juga wangi, seakan haruman perfumeRaudhah Madinah yang diperkenalkan kepada kami oleh Ust Nabil, tourist guide kami sewaktu menyertai ziarah luar Madinah. Anak muda ini menuntut di Universiti Madinah ketika itu (10 tahun lepas). Mungkin sekarang UN pun dah berjaya menggapai cita-citanya. Haruman RM tu sangatlah harum baunya. Haruman exclusive kata UN. Berdikit² Ummi guna sebab takut habis 😅
Terima kasih sekali lagi Haji & Hajjah 🌹