Entry tertunda 😁
Nak cerita peria Katak pemberian SA sebelum raya haji hari tu Ummi buat Peria Goreng ala Mamak.
Senang je,esp bila ada tepung serbaguna (Ummi guna tepung Adabi) sebab dalam tepung dah dicampur segala macam rempah/perasa nak bagi sedap & seimbang rasanya.
Hiris nipis peria, buang biji dan empulurnya kemudian rendam bersama garam ½ jam gitu. Tujuannya nak kurangkan rasa pahit peria.
Kemudian toskan dan gaul bersama garam, serbuk kunyit, tepung serbaguna dan serbuk kari daging/ikan secukupnya.
Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
Satu lagi, Peria Goreng + Telur pun sedap.
Tapi, kalau masak gini Ummi dengan Abang je makan. Walid dan Kakak tak berapa makan, berbanding goreng ala Mamak tu. Jadi, ikut majoriti saja, seronok bila semua makan. Adik & Angah memang tak masuk list, depa geng anti sayur 😅
Thanks again SA 🌹