Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2736

Simple Dinner I

$
0
0
Menu Simple Dinner I;
Nasi Putih
Ayam Bakar Madu 
Buncis Goreng Bawang Putih 


Ayam Bakar Madu ni terpaling senang nak buat; 

Terima kasih My Resepi 👍

Cili giling Ummi ganti Sos Korea Adabi, nak habiskan stok yang ada plus malas nak kisar cili kering. 

Untuk cara penyediaannya, step kedua tu Ummi olah. Dah siap sosnya (step 1), tutup api. Ummi tabur dan lumur garam pada ayam, kemudian tuang sos tadi atas ayam. Gaul sebati. Perap dalam 30 minit kemudian masukkan ke dalam air fryer. Tetapkan suhu 200°C, 20 minit. Selepas 10 minit pertama, kalih ayam dan sambung bakar. 

Untuk Buncis Goreng Bawang Putih pula;
1. Bersihkan kacang buncis tanpa perlu potong - buang bahagian hujung shj
2. Panaskan minyak dan goreng sebentar kacang buncis. Angkat dan toskan
3. Potong kasar bawang putih (guna chopper lagi senang) 
4. Panaskan minyak dan goreng hingga golden brown. Angkat dan toskan. 
5. Susun kacang buncis tadi di atas pinggan, letak garam, serbuk perasa, tuang sedikit minyak goreng bawang putih tadi dan masukkan juga bawang putih goreng tadi. Gaul sebati dan sedia untuk dihidang. 

Sedap rupanya, rangup kacang buncis tu. Katanya ini Chinese Style
Terima kasih Che Sayang.

Walaupun simple je lauknya, menambah juga nasi 🤭




Viewing all articles
Browse latest Browse all 2736


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>