Alhamdulillah, cucu saudara Ummi bertambah lagi 2 orang; Irsa (2.4.2024) dan Umaira (9.5.2024). Insha Allah bulan 10 nanti bakal lahir seorang lagi.
Setakat ni dah berbelas orang dah cucu saudara Ummi. Paklong dan Makngah dah jadi datuk dan nenek, makanya secara automatik Ummi pun naik pangkatlah :D Jarak umur antara Makngah (anak ke-2) dan arwah Pakcik (anak ke-3)16 tahun, jauh kan? Beza umur Ummi (bongsu) dgn Paklong pula 20 thn lebih, macam anak dan bapa. Sebab tu Ummi lebih rapat dengan arwah Pakcik, kami hampir sebaya.
Anak saudara Ummi yang sulong pula hanya muda 4 tahun dari Ummi. Sebab tu juga Ummi ramai cucu saudara. Nama penuh cucu² saudara ni memang tak ingat haha... Nama pulak semuanya panjang², at least 3 perkataan setiap seorang. Jenuh Toksu nak hafal haha...
10.5.2024 pula Mama Rizqy bersalin. Girl juga. Adik excited pergi hantar hamper ke rumah Atok Rizqy :) Yang Rizqy pula excited bukak hamper adik dia 😆
23.5.2024 lahir lagi seorang bayi. This one boy...
Semoga semuanya membesar dengan baik, dalam lindungan-Nya selalu hendaknya 🤲