Berwarna-warni cuti sekolah kali ni ☺️
Pagi Khamis Abang Angah ke kelas Intensif Hafazan, petangnya Abang admitted dekat KPJ Ampang Puteri, asbab eczema. Abang ni eczema dia on off. Kejap elok kejap menggerutu satu badan. Kalau cuaca panas memang boleh trigger eczema dia. Ikutkan eczema ni banyak pantang larang tapi itulah dia pun duduk asrama, tak boleh nak berpantang sangat pun. Dengan persekitaran asrama lagi, pasrah je la Abang kan...
Masa dia kecik dulu bolehlah Ummi pantau food intake dia. Susu pun beli susu soya based; jenama Isomil. Mahallah susu tu haha ... Sabun mandi pun yang hypoallergenic, bukan sabun biasa. Lepas tu 2 tahun jugalah Ummi pantang makan seafood sebab Ummi bf dia. Tapi bila dah makin besar makin hilang pantangnya 😅 Tapi syukur Abang hadapi eczema dia dengan kuat dan tabah. Tak pernah komplen pun, cuma kita yang rimas tengok dia tergaru² bila time gatal tu.
After regi, dapat gelang. Abang rilek je dia.
Dekat tangan tu dah improve banyak since jumpa Dr NA dekat sini. Yang teruk sekarang ni dekat kaki :(
Cantik KPJ Ampang Puteri sekarang ni...
Ummi jarang datang ke sini. Pernah jumpa gynea sekali di sini, dan ziarah KJ bersalinkan Usop 16 yearsago.
Nurse masukkan ubat.
First night ni dapat bilik double, share dengan seorang pesakit demam denggi. Masing² dapat 1 TV :D 👇 Kami request juga bilik single, senang sikit nak teman/lawat Abang. Hari pertama ni bilik single full.
Catik toiletries bag yang diberi. Selain toiletries dalam tu ada towel muka.
Boleh order food directly dari cafe hospital. Apalagi, cubalah Nasi Goreng Cili Padi. Pedas berdengung 🤭
Dinner untuk Abang.
Peneman Abang.
Since bilik ni berkongsi jadi Angahlah teman Abang. Walid pun balik sebab esoknya kerja. Alhamdulillah Abang pun baik² saja.
Sejak tengah malam Abang kena puasa sebab nak ambik darah. Pagi tu Walid singgah hospital dulu tengok Abang. Alhamdulillah semua okay.
Atas lunch Abang, bawah makanan Angah. Pakat boring, minta izin nurse turun beli food di kafe. Pandai depa dua berdikari :D
Petang tu dapat pindah bilik single alhamdulillah.
Ada peti ais mini. Macam hotel :)
Katil yang Abang guna tu disorong sekali ke bilik ni. Baguslah tak perlu kemas katil dan tukar bedsheet dsbnya. Discharge besok² baru diganti agaknya untuk kegunaan new patient.
Alhamdulillah keesokan paginya Abang dah boleh discharge. Kena continue ubat sapu dan ubat makan di rumah/asrama. Lagi sebulan jumpa Doc semula.
Semoga diberi kesembuhan untuk Abang 🤲