Sabtu pagi Abang tiba call, waktu prep pulak tu... Cuak jugalah Ummi ni...
Ummi pun onz je la sebab hari tu nak keluar ke open house US, jadi tak payah masak untuk lunch for that day. Ummi terus buat Sambal Tumis Bilis. Sambil² tu masak rendang dan rebus nasi impit segera untuk kawan² Kakak yang nak datang beraya esoknya, Ahad juga. Alhamdulillah setel sebahagian menu ni, barulah lega nak keluar beraya.
Kami orang terawal kot sampai di asrama haha... Pintu pagar bukak pukul 11.00 terus masuk 😆 Terus ke kantin, yang baru je dibuka. Sebelah kantin ada court bola. Boys F4 tengah main bola tongah hari tongah paneh tu. Yang tak main jadi penonton pun ramai... Ummi nampak Adli tengah main, ajak dia makan sekali. Abang pun panggil juga 3 orang lagi kawan² termasuk IR yang request nasi lemak ni. Yang dok lepak meja depan kami pun ajak la sekali. Dalam dok perati anak² ni cedok nasi lemak sorang demi sorang, eh makin lama makin ramai yang datang. Semua yang dekat court bola tu mai serbu 😂 Dapatlah merasa sorang sikit. Mujur juga bawa nasi lemak bungkus dan roti canai 4 keping. Share² je la sorang sikit. Walid top up telur mata & nasi putih sikit dari kantin hihi.. nak beli banyak pun kantin baru nak start operasi juga :D
Cara diorang makan, cara depa mai sorang² ucap terima kasih buat kita rasa happy sangat. Rasa macam nasi lemak Ummilah terpaling sedap hahaha... Padahal depa tengah lapaq, budak² asrama kan... Lapaq sedia² 😆 Ummi dulu pun dok asrama, paham sangat.
Jumaat ni depa PB, Sabtu tu Ummi ajak depa mai beraya. Ummi nak masak banyak² bagi depa makan puas² إن شاء الله
Semoga dipermudahkan segala rancangannya 🤲