4 Syawal kami dah selamat sampai di rumahku syurgaku :) 9.30 pg di Tol Smpg Pulai, 12.30 t/hari dah sampai Sri Gombak alhamdulillah. Letak barang semua, terus keluar ambil Tot. Rindu sangat dgn mek ni :D
Alhamdulillah Tot dijaga dengan istimewa oleh Cik Ita & anak²-nya. Jadi VIP seminggu 😆
Dari majlis reunion sekolah rendah Ummi tu, kami tak terus balik ke SG. Sebaliknya kami singgah bermalam di Ipoh.
Jam 5.30 dari pekan Baling, sampai di Meru Ipoh jam 9.30 malam.
Menyesal pulak ambil sikit je kek & cheesetart Cik Ayu ni, sedap ya amat!
Kereta banyak tapi moving. Cuma lama sikit nak lepas Terowong Menora tu, standard la. Apapun alhamdulillah sampai dgn selamatnya ke destinasi. Itu ini pukul 10.00 baru masuk hotel, pukul 11.00 baru dinner. Sama macam kes di Baling raya kedua hari tu, nasi putih habis di kedai mamak berhampiran hotel. Kenalah berkereta jauh sikit cari nasi itu sebab lambat dinner :( Cari nasi putih sebab nak Regu dgn GBP yang Ummi tapau dari majlis reunion tu.
Singkat saja raya kali ni, tak bertembung dengan cuti sekolah. Jadi, tak boleh berlama² di kampung, Ahad anak² nak balik ke asrama. Apapun syukur, segala yang dirancang berjalan lancar. Walaupun tak banyak ziarah kali ni tapi rezeki bertemu kawan² semasa reunion sangat bermakna alhamdulillah.