Alhamdulillah selepas seminggu Sesi Persekolahan 2024/25 bermula, Angah mendaftar di SMKA TMUA idamannya pada 18.3.2024 (Isnin).
2. Urusan Asrama
Loker kecik tapi okay je sebab barang dia pun tak banyak. Nanti nak beli cermin, lupa hari tu. Dok ingat gegirls je perlukan cermin :)!
3. Urusan Kelas
Setiap murid F1 dibantu oleh 2 orang abang²/kakak² menengah atas. Terima kasih abang² berdua ni yang tolong Angah hari tu. Ummi doakan keduanya cemerlang dlm SPM nanti 🤲
4. Taklimat Sekolah
Urusan 1-3 selesai awal sebab kami antara yang terawal sampai untuk pendaftaran. Lama jugalah menunggu dalam dewan ni untuk item #4 ni. Allah bagi lebih masa untuk duduk dengan Angah ☺️
Berayaq juga la mata Ummi 🤭 Ingatkan okay sebab anak no 2, tapi masuk habuk juga mata ni :p Tapi tidaklah seteruk melepaskan Abang dulu 😅
Dan kali ni baru rasa pengalaman hantar anak masuk asrama sebab Abang dulu masuk time PKP. Dropped off saje kekdahnya. Urusan pendaftaran, urusan asrama, kelas semua sdn bhd :D Kali ni parents boleh naik ke asrama, melawat asrama dan kelas 👍
Throwback: Abang ~ Bermula Sebuah Perjuangan
Alhamdulillah so far so good. Minggu first ni orentasi... Dua hari first ni pun dia call Ummi, bagitau semua okay. Alhamdulillah. Kawan SRAI lelaki pun ada 2 orang lagi; Aisy & Afif. Bolehlah buat geng... Walaupun hakikatnya nanti pakat cari member baru :D
Pandai² bawa diri ye nak... Semoga dipermudahkan segala urusan Angah dan tercapai cita² Angah 🤲