30.1.2014 | Selasa
Temuduga Kemasukan Murid (TKM)
MITS Pandan Indah
Alhamdulillah Angah lulus UKK JAIS tempohari. Awalnya kata boleh semak result untuk stage seterusnya melalui pautan e-sekolah JAIS. Tapi, dimaklumkan kemudian bahawa surat panggilan interview (IV) akan dihantar ke PAID, GB ambil di situ surat panggilan untuk murid-muridnya yang berjaya. Banyak steps 🤭
Angah dapat IV di MITS Pandan Indah. Pergi dengan Walid je manakala Ummi uruskan Kakak dan Adik ke sekolah. Kebetulan hari tu jalan tutup untuk upacara sending off YDPA ke-16 jadi seawal 6.30 pg Angah dah keluar rumah.
Ummi VC dia, dia orang ketiga dalam barisan. Sampai awal dapatlah beratur depan². Belakang dia Afif dan Mujahid. Alhamdulillah ada geng. Parents hantar setakat gate ni saja. Mana² tempat macam ni lah, anak² uruskan sendiri pendaftaran dsbnya.
Dah rotate, senget juga gambarnya. Biaq pi la kat hang 😂
Alhamdulillah since giliran Angah awal, dalam pukul 9 dah selesai IV-nya. Untuk hafazan, diberi 5 baris ayat saja (masa menghafal 20 minit).
Lepas IV, minta upah dengan Walid :D Nak makan roti canai katanya. Lepas makan Walid hantar ke sekolah sebab ada sesi bergambar untuk graduation.
Alhamdulillah selesai untuk TKM. Keputusan keluar pertengahan Feb ni katanya. Tak lena tidur lagilah Ummi ni 🤭 Selain tu, masih ada 2 lagi iv untuk Angah hadapi; SMISTA dan TMUA.
Doakan Angah ye 🤗