Cuti Thaipusam kali ni jatuh pada hari Khamis. Tak kemana, lepak saja di rumah. Walid je ke Pulau Indah dengan Uncle Apit, ziarah Uncle Najmi. Alhamdulillah he is recovering well🤲
Ummi dengan anak³ layan movies. Sekarang Astro bagi few complementary channels sempena tahun baru. Dapatlah tengok HBO Family, Showcase, Premier etc.
Lagipun malas nak keluar sebab ni 👇
Beberapa jalan menghala Batu Caves ditutup jadi kejiranan kami agak sibuk dengan kenderaan yang menggunakan Lebuh Utama SG sebagai laluan alternatif. Khususnya mereka dari arah Rawang, Selayang, Ulu Yam dsbnya yang terlibat dengan penutupan jalan ni. Apapun alhamdulillah sepanjang UPKK (16-24.1) anak³ balik awal dari sekolah. Lega Ummi tak perlu hadap traffic jam waktu petang. Walidlah yang sengsara sikit mengadap jem setiap petang. Ada sekali tu jem dari susur keluar SG sampai ke rumah huhu...
Credit source. |
MRR2 depan kuil BC. Gambar pagi semalam tak silap Ummi. Biasalah, bila ada perayaan mana² tempat pun sesak kan?
Lunch Ummi masak Nasi Ayam style Superdaddy. Hari tu nampak Ibu Rawiwa masak Nasi Beriani Kambing makan dengan air asam, Ummi pun teringin haha ... Kambing Adabi takde, daging pun takde kot la boleh olah jadi Nasi Daging kan... Yang ada cuma ayam. Ayam pun ayamlah...Ayaq asam tu Ummi buat pedas² sikit, baru kena dengan tekak. Makan pun puashati :D
Untuk dinner, habiskan nasi ayam 👆 dan goreng nasi semalam. Dapatlah sorang 1 senduk.
Jap lagi nak layan bola kan ...
Tahniah Harimau Malaya!
Seri 3-3 dengan Korea Selatan 👏👏👏
Last game dah...
Takpe, kita compete untuk World Cup qualifying pulak 💪