Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2732

Resepi ~ Tumis Terung Bulat Hijau

$
0
0
Beli sepeket Terung Bulat Hijau ni cadangnya nak rebus buat ulam. Tapi, banyak sangat jadi elok dijadikan menu sayur untuk dinner. 

Takde idea nak masak apa, jadi Ummi Google-ed dan jumpa resepi Tumis Terung Hijau olahan blogger Indonesia; Dapur Kobe. Makasih ya 🌷

Resepi: Tumis Terung Hijau Bulat 
Sumber: Dapur Kobe

Bahan-Bahan:
Terung Bulat Hijau - potong 4, rendam dalam air garam supaya terung tidak kehitaman
Cili hijau - potong 2cm, belah Dua
Tomato - potong 4 
3 ulas bawang putih - dicincang
Sos tiram 
Minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam, gula, perasa 

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih cincang hingga naik bau
2. Masukkan terung dan cili hijau, gaul sebati hingga sedikit layu
3. Masukkan tomato, sos tiram dan air. Kacau sebati. 
4. Perisakan dengan garam, gula dan serbuk perasa sekiranya perlu. Tutup api. Siap! 

Dah siap masak, baru teringat dulu Ummi pernah masak Terung Telunjuk Goreng Berlada. Terung Bulat ni pun boleh je masak berlada kan... Takpe, kita cuba resepi baru, adalah kepelbagaiannya dalam memasak. Gitewww...

Selamat mencuba 🤗

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2732


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>